Lembu Jantan pun tak panjat sejenis - Utusan Malaysia

Lembu Jantan pun tak panjat sejenis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 18 April – Kerajaan mesti mengambil tindakan serius terhadap golongan lesbian, gay, homoseksual dan transgender (LGBT) yang semakin menjadi-jadi sehingga boleh mempengaruhi masyarakat di negara ini.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tindakan LGBT sama sekali bercanggah dengan undang-undang Syariah dan Sivil di negara ini.

Walaupun begitu, jelas beliau, parti itu tidak pernah menghukum golongan berkenaan sebaliknya ‘perbuatan’ mereka yang perlu segera dibendung.

“Lembu pun tak ‘panjat’ (liwat) sejenis dengan lembu lain, sedangkan binatang bodoh pun tak buat benda terkutuk.

“Pandangan Islam mudah iaitu kita tidak boleh bertolak ansur dengan LGBT sebab secara fitrahnya, tidak ada manusia yang akan cenderung sesama sejenis sebaliknya nafsu yang mendorong manusia.

“Sebab itu, Pas membawa agenda Islam antaranya mengatasi masalah ini dengan dakwah dan secara prinsipnya perlu segera dibendung supaya tidak datang mudarat yang lebih besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Mohd. Amar mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa yang berpandangan golongan LGBT tidak harus didikriminasi di tempat kerja.

Menurut Mujahid, selagi mana golongan itu tidak mempromosi budaya LGBT, maka, golongan itu tidak boleh dipinggirkan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN