KUALA LUMPUR 17 Julai – Seorang lelaki maut akibat terjatuh dalam sebuah tangki air bangunan tiga tingkat di Bandar Tasik Puteri, Rawang dekat sini malam tadi.
Jurucakap bomba Selangor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 8.03 malam mengenai kejadian tersebut.
“Setibanya di lokasi, mangsa yang berusia 21 tahun telah meninggal dunia akibat terjatuh ke dalam tangki terbabit.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada polis untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










