TAMPIN – Seorang lelaki menemui ajal selepas motosikal dinaikinya berlanggar dengan sebuah lori di kilometer 2, Jalan Pasir Besar Palong 1, berhampiran Pekan Pasir Besar, di sini, tengah hari tadi. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Mohd. Shukri Mohd. Noor, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah pada kepala dan dada sementara pemandu lori tidak cedera. Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Ramli Kasa berkata, nahas membabitkan…










