BUKIT MERTAJAM 10 Julai – Seorang lelaki yang dipercayai menghidap masalah kemurungan disamun dua lelaki bersenjata parang di Taman Selamat di sini awal pagi semalam. Dalam kejadian kira – kira pukul 3.30 pagi, mangsa berusia 53 tahun sedang menunggu di hadapan gerai makan untuk bersarapan di situ. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Hamid berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), pihak mendapati suspek…










