KUALA SELANGOR – Mayat seorang lelaki warga Indonesia yang ditemui nelayan di tepi tebing Sungai Selangor berdekatan jeti Pusat Pelancongan Kelip-kelip Kampung Kuantan di sini petang semalam dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Md. Asri A. Wahab berkata, pihak polis menerima panggilan daripada orang awam melaporkan penemuan mayat lelaki itu pada pukul 2.50 petang sebelum mendapatkan bantuan pasukan bomba dan penyelamat dan Angkatan Pertahanan Awam…










