Lelaki gigit kepala bayi diberkas polis - Utusan Malaysia

Lelaki gigit kepala bayi diberkas polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS 17 Julai – Seorang lelaki ditahan polis semalam selepas dipercayai menggigit bahagian kepala bayinya berusia 20 hari dalam kejadian di Bumbung Lima, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, suspek ditahan di perkarangan Hospital Kepala Batas selepas polis menerima laporan daripada isterinya.

Menurut Noorzainy, isterinya membuat laporan kerana bimbang terhadap keselamatan anak – anaknya yang sering dipukul suspek.

“Suspek dikatakan telah menggigit kepala bayinya sehingga meninggalkan kesan selain melambung dan menggantung bayi di buaian sehingga jatuh ke lantai,” katanya di sini hari ini.

Katanya, lelaki berkenaan bertindak demikian kerana bayinya kerap menangis dalam kejadian 11 Julai lepas.

“Suspek juga didapati positif dadah dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak – Kanak 2001. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN