SEREMBAN 30 Julai – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan merampas 13 ekor burung daripada dua spesies yang dilindungi dalam serbuan di sebuah rumah di Port Dickson, Khamis lalu. Rampasan melibatkan 11 ekor burung spesies Green-Cheeked Parakeet dan dua ekor burung Sun Conure yang dianggarkan bernilai antara RM3,000 hingga RM10,000 setiap ekor. Pengarah Perhilitan negeri, Wan Mat Wan Harun berkata, seorang lelaki berusia 39 tahun yang…










