Lelaki didakwa benam kepala kanak-kanak perempuan dua tahun sehingga mati - Utusan Malaysia

Lelaki didakwa benam kepala kanak-kanak perempuan dua tahun sehingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun Mei tahun lalu.

Tertuduh, Mustaqim Ab. Wahab, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Datuk Julie Lack Abdullah. 

Mengikut pertuduhan, Mustaqim didakwa dengan sengaja membenam kepala Fatini Aleysha Abd. Karim sehingga menyebabkan kematian di Kompleks Perdagangan DWJ Meru antara pukul 4 hingga 5.41 pagi pada 24 Mei 2017. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum  penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam bela, Ranjit Sigh Sandhu. 

Julie Lack membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh membayar jaminan tersebut.

Mahkamah menetapkan 13 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Kosmo! pada 26 Mei 2017 melaporkan, sepasang kekasih direman bagi membantu polis menjalankan siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan yang didakwa lemas di dalam baldi di dalam tandas sebuah pejabat di Meru di sini. 

Ibu mangsa bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×