Lelaki cedera disimbah asid pencuci tandas - Utusan Malaysia

Lelaki cedera disimbah asid pencuci tandas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Seorang lelaki cedera selepas dipercayai disimbah asid oleh dua lelaki di hadapan Menara Olympia, Jalan Raja Chulan, di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.35 petang itu, seorang saksi memaklumkan dia ternampak dua individu menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna biru gelap memecahkan cermin kereta seorang pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid terhadapnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, kedua-dua suspek dipercayai menggunakan cecair dipercayai asid untuk mencuci tandas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa yang berusia 47 tahun melecur 30 peratus di bahagian kanan muka, kedua-dua tangan, belakang badan dan paha kanan.

“Mangsa yang cedera dibawa orang ramai ke Hospital Tung Shin, di sini untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurut Mazlan, punca kejadian masih lagi dalam siasatan dan disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Dang Wangi, Deputi Superintenden Gunalan Muniandy di talian 019-3114418 atau Pegawai penyiasat, Inspektor Arizal Fiveroses Ghazali (019-3463686). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×