KUALA LUMPUR – Kerajaan menzahirkan kebimbangan berkenaan sebahagian pesalah rasuah adalah terdiri daripada golongan belia. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, dalam tempoh antara tahun 2013 hingga Mei 2018, sebanyak 2,238 individu atau 55.2 peratus daripada tangkapan keseluruhan adalah golongan belia. “Perkara tersebut amat membimbangkan kerana mereka ialah bakal pemimpin negara pada masa akan datang. “Namun saya dimaklumkan oleh SPRM bahawa statistik tersebut adalah menurun berbanding…










