PUTRAJAYA 20 Julai – Laporan penuh hasil siasatan tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dibentangkan kepada ahli keluarga dan waris mangsa serta masyarakat umum pada 30 Julai ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pihaknya bagaimanapun akan memberi penghormatan dengan memberi taklimat tertutup kepada ahli keluarga dan waris mangsa terlebih dahulu pada hari berkenaan. “Pembentangan itu akan dilakukan oleh Ketua Penyiasat Pasukan Penyiasatan Keselamatan Lampiran 13 Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa…










