Lantik golongan profesional dalam ahli lembaga pengarah KTMB - Utusan Malaysia

Lantik golongan profesional dalam ahli lembaga pengarah KTMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Julai – Kerajaan Pakatan Harapan perlu memastikan pelantikan barisan Ahli Lembaga Pengarah Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) terdiri daripada golongan profesional, dan bukan lagi lantikan politik seperti sebelum ini.

Gesaan itu disuarakan Presiden Kesatuan Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM), Abdul Razak Md. Hassan ketika mengadakan pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan hari ini.

Jelas Abdul Razak, golongan profesional mempunyai pemikiran berteraskan perniagaan yang berupaya membantu menjana keuntungan syarikat kereta api tersebut.

“Industri kereta api perlu dikendalikan oleh golongan profesional, bukan lagi lantikan politik kerana mereka akan melihat dan membantu perkhidmatan ini berkembang dan boleh bersaing, seperti yang dilaksanakan di Jepun dan Indonesia.

“Apabila golongan profesional yang mengetuai KTMB maka syarikat ini boleh mengeluarkan lokomotif, wagon (gerabak) seterusnya menjual di negara-negara ASEAN,” katanya kepada pemberita di Menara Ilham, di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN