KUALA LUMPUR 16 Julai – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof akan berusaha melaksanakan tugas dengan sepenuh hati dan bebas daripada pengaruh luar demi memelihara martabat serta maruah dewan.
![]() |
|
Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof
|
Beliau yang baru dilantik dan mengangkat sumpah jawatan tersebut hari ini menegaskan akan bersama dengan semua ahli Parlimen dalam meningkatkan kewibawaan institusi Parlimen supaya budaya demokrasi bertambah berkesan, adil dan saksama.
“Saya yakin ahli-ahli Parlimen sekalian, seperti mana mereka yang terdahulu akan melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat dengan berbahas berasaskan kejujuran dan tanggungjawab serta berdebat secara hormat-menghormati dalam rangka Parlimen,” katanya.
Beliau berucap demikian selepas mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE











