Laksana lima agenda ubah UMNO - Utusan Malaysia

Laksana lima agenda ubah UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Julai – Majlis Tertinggi UMNO yang baharu dipilih bagi penggal 2018-2021 perlu melaksanakan lima agenda utama dalam usaha mengukuhkan parti tersebut pada masa hadapan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, lima agenda penting yang perlu dilakukan termasuklah meneliti dengan terperinci faktor kekalahan UMNO sehingga mengakibatkan 88 kerusi yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) turun kepada hanya 54 kerusi pada PRU-14.

Selain itu, Ahmad berkata, Ahli Majlis Tertinggi (MT) juga perlu memberi cadangan gagasan baharu Barisan Nasional (BN) yang lebih baik, memastikan setiap biro UMNO lebih berkesan, menarik kembali sokongan anak muda dan berusaha dengan gigih mendekati rakyat.

“Saya kira Ahli MT perlu meneliti dengan terperinci sebab-sebab mengapa 88 kerusi UMNO pada PRU-13 hanya tinggal 54 kerusi pada PRU-14 mengikut kawasan.

“(Selain itu,) memberi cadangan gagasan baharu BN yang lebih baik, pastikan biro-biro UMNO yang lebih berkesan, menarik sokongan anak-anak muda dan mendekati rakyat dengan gigih,” katanya dalam laman Twitter miliknya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN