KUALA LUMPUR 23 Julai – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bersedia untuk menggunakan hak mengundinya bagi menyemak semula pembayaran gaji pengarah di syarikat miliknya, menurut sumber yang mengetahui perkara tersebut. KWSP yang menguruskan aset bernilai RM814.4 bilion, bersedia untuk menyuarakan pandangannya terhadap gaji dan pelantikan eksekutif menerusi undian di mesyuarat pemegang saham sekiranya perbincangan dengan lembaga pengarah dan pihak pengurusan gagal mencapai kata putus, kata sumber itu yang enggan identitinya…










