PUTRAJAYA – Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran hari ini memohon maaf atas ucapan beliau di Nilai minggu lepas yang telah mencetuskan kontroversi di media. Beliau berkata, ucapan beliau itu telah disalah fahami seolah-olah beliau merujuk perkataan ‘pendatang’ kepada mereka yang permohonan mereka dipulangkan semula kepada pemohon itu. “Saya dengan ini memohon maaf kepada mereka yang tersinggung dengan perkataan yang telah saya ucapkan itu dan saya menarik balik perkataan yang menyingung…










