Kuala Lumpur optimis kekal di Liga Super - Utusan Malaysia

Kuala Lumpur optimis kekal di Liga Super

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – tetap yakin akan terus memberikan saingan hebat menjelang dua perlawanan terakhir untuk memastikan wakil Lembah Klang tersebut kekal bersaing dalam Liga Super musim depan meskipun mereka dilihat kurang konsisten kebelakangan ini.

Skuad Warga Kota dijadualkan menentang Negeri Sembilan di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, esok sebelum bertandang ke Larkin bagi aksi terakhir untuk berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) Jumaat depan.

Ia merupakan tahun pertama skuad Warga Kota beraksi di Liga Super selepas pasukan tersebut dinaikkan ke liga utama apabila mereka menjuarai saingan Liga Premier musim lalu.

Pemain tengahnya, Paulo Josue optimis di mana pasukan mampu menghabiskan kempen 2018 dengan baik supaya mereka terus terselamat bersama liga utama untuk saingan 2019.

“Pastinya kami mahu terus kekal di Liga Super musim 2019 kerana ia juga diidamkan oleh semua pemain dan barisan jurulatih.

“Kali ini kami perlu membuktikan pemain boleh bangkit untuk mengutip tiga mata dalam kedua-dua perlawanan yang masih berbaki.

“Kami perlu bermain dengan penuh semangat supaya kejayaan ini dapat memberikan hadiah buat penyokong Kuala Lumpur meskipun agak sukar untuk berdepan JDT bagi aksi terakhir musim ini.

“Namun tidak mustahil kejutan bakal berlaku di Larkin kerana skuad Warga Kota bakal turun dengan semangat terbaik untuk menghadiahkan sesuatu buat pasukan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kebelakangan ini skuad bim­bingan Fabio Silva dilihat kurang konsisten bermula pertengahan musim meskipun mereka telah menang besar tetapi pada masa sama mereka mudah ditundukkan untuk perlawanan berikutnya seperti tewas 1-5 kepada Perak Rabu lalu.

Keputusan tersebut menyaksikan Kuala Lumpur kini menduduki kedudukan ke-10 liga dengan pungutan 21 mata, manakala Kelantan dan Negeri Sembilan bergelut di kedudukan tercorot apabila masing-masing dipisahkan lima mata dengan skuad Warga Kota.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN