KPDNKK Sabah rampas barangan tiruan bernilai RM4.9 juta - Utusan Malaysia

KPDNKK Sabah rampas barangan tiruan bernilai RM4.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 20 Julai – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sabah merampas pelbagai jenis barang tiruan bernilai RM4.9 juta hasil serbuan yang dijalankan di negeri ini bermula pada bulan Januari lalu hingga semalam.

Antara barangan tiruan yang dirampas ialah pakaian dan kasut jenama Adidas, Nike dan Reebok serta koleksi tudung jenama Ariani.

Ia termasuklah, barangan elektrik jenama Sandisk dan perkakasan komputer jenama Samsung.

Timbalan Pengarah KPDNKK Sabah, V. Ravichandran berkata, jumlah berkenaan adalah membabitkan sebanyak 388 kes pelbagai akta yang melibatkan pemeriksaan di 19,333 premis di seluruh negeri ini dengan nilai kompaun berjumlah RM114,481.

“Daripada jumlah kes berkenaan sebanyak 64 kes adalah di bawah Akta Perihal Dagangan 2011  manakala 24 kes pula membabitkan barang tiruan dengan nilai rampasan sebanyak RM103,484. 

“Susulan rampasan terbabit tindakan telah dibuat di bawah Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 dan Seksyen  8(2)(c) di bawah akta yang sama,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN