KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menyiasat dakwaan terhadap pemborong yang didakwa masih mengekalkan harga barang walaupun sudah menetapkan kadar sifar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 Jun lalu. Timbalan Menterinya, Chong Chieng Jen berkata, pihaknya akan menyiasat perkara tersebut termasuk menggunakan perundangan mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. “Pegawai kami akan turun kerja untuk menyemak masihkah ada peniaga yang mengekalkan harga…










