KPD Batu Pahat sangkal posting tular dalam Facebook - Utusan Malaysia

KPD Batu Pahat sangkal posting tular dalam Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT 25 Julai – Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa menyangkal ‘posting’ menerusi Facebook kononnya terdapat kes kematian dalam kereta di Jambatan Peserai Batu Pahat, di sini semalam.

Menurut Abdul Wahib, kejadian sebenar kira-kira pukul 2 petang itu adalah membabitkan seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan memberhentikan kenderaanya sehingga menimbulkan kesesakan di jambatan itu.

Ujar beliau, siasatan awal mendapati wanita berusia 27 tahun yang juga seorang pembantu makmal di sebuah sekolah di Ulu Tiram mengambil tindakan itu dipercayai ekoran gagal menghubungi suaminya sejak tengah hari.

“Wanita itu juga mendakwa tertekan kerana dimarahi pengetua sekolahnya semasa cuba meminta sambung cuti selama sehari apabila dihambur dengan perkataan kurang sopan.

“Selain itu, dia mendakwa mengalami masalah kewangan kerana suaminya tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak tujuh bulan lalu,” katanya di sini sebentar tadi.

Semalam, di Facebook tular dengan posting berbunyi ‘Jambatan batu pahat jalan jem..ada orang meninggal dalam kereta katanye..ada budak2 lagi kat dalam keta tu..betul ke??

Tambah Abdul Wahib, wanita itu turut mengakui tiada sebarang niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua anak kecil sebaliknya berada di jambatan itu akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN