PUTRAJAYA 6 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah berkenan berangkat ke majlis mengangkat sumpah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull di Istana Negara, hari ini. SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, Yang di-Pertuan Agong pada 21 Mei lalu telah memperkenankan pelantikan Mohd. Shukri sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM bagi tempoh dua tahun iaitu mulai 18 Mei 2018 sehingga 17 Mei 2020.…










