Kos projek ECRL mahu dikurangkan - Utusan Malaysia

Kos projek ECRL mahu dikurangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan mendedahkan kos bagi Projek Laluan Rel Pantai Timur atau East Coast Rail Link (ECRL) sepanjang 688.3 kilometer ialah sebanyak RM81 bilion dan mahu ia dikurangkan secara signifikan agar berdaya maju dari segi kewangan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ber­kata, selain me­nerima bantahan daripada Kerajaan Negeri Se­langor berhubung pembinaan landasan rel dari Gombak ke Pelabuhan Klang, pihak ECRL juga dijangka tidak mampu menampung kos operasinya yang tidak dapat ditentukan buat masa kini.

“Berdasarkan fakta dan angka di atas serta kajian kebolehlaksanaan projek, kami menjangkakan bahawa projek ECRL hanya akan menjadi berdaya maju dari segi kewangan dan ekonomi jika terdapat pengurangan harga projek secara signifikan oleh China Communication Construction Company (CCCC),” katanya mene­rusi satu kenyataan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN