Koo Ham dipilih Speaker DUN Perak - Utusan Malaysia

Koo Ham dipilih Speaker DUN Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 3 Julai – Penasihat DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dipilih sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang baharu hari ini.

NGEH KOO HAM
NGEH KOO HAM

Koo Ham, 57, dicalonkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi, Abdul Aziz Bari dan disokong ADUN Pasir Panjang, Yahaya Mat Nor.

Dalam undian oleh ahli-ahli DUN Perak hari ini, Koo Ham mendapat 31 undi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Timbalan Speaker, Datuk Nasarudin Hashim yang dicadangkan oleh Barisan Nasional (BN) menerima 25 undi manakala Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohd. Misbahul Munir Masduki yang dicadangkan oleh Pas mendapat tiga undi. 

Sementara itu, ADUN Behrang, Aminuddin Zulkipli dipilih sebagai Timbalan Speaker setelah hanya satu pencalonan diterima untuk jawatan tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN