PUCHONG – Negara bakal mempunyai sebuah kompleks sukan khusus untuk kaum hawa yang dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk taman penjagaan kanak-kanak, spa dan salon kecantikan. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, kompleks sukan itu dijangka siap dalam tempoh tiga tahun lagi. “Kita berpandangan terdapat kepentingan untuk kita membina kemudahan ini kerana wanita negara ini memerlukan tempat riadah yang membolehkan mereka berasa bebas dan tidak terkongkong dengan pelbagai kekangan,” katanya…










