KKR siapkan kesemua 50 sekolah daif Ogos depan - Baru Bian - Utusan Malaysia

KKR siapkan kesemua 50 sekolah daif Ogos depan – Baru Bian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 9 Julai – Kementerian Kerja Raya (KKR) jangka dapat menyiapkan kesemua projek pembinaan dan menaiktaraf 50 sekolah daif di negeri ini pada Ogos depan.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian
Menteri Kerja Raya, Baru Bian

Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata, projek tersebut yang diberikan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sebenarnya telah siap sehingga 70 peratus pada Jun lalu.

“Secara umumnya, kesemua sekolah yang menggunakan ‘lightweight’ sistem binaan berindustri (IBS) dilaksanakan secara teratur dan mengikut jadual yang tidak menjadi isu.

“Pada Julai ini, 99 peratus projek ini disiapkan manakala sebuah lagi sekolah pada Ogos depan. Kos bagi pembinaan 50 sekolah daif ini adalah sekitar RM138 juta,” katanya dalam sidang akhbar ketika mengadakan lawatan rasmi Menteri Kerja Raya ke JKR Sarawak di Wisma Saberkas di sini petang ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Datuk Seri Zohari Akob, Pengarah JKR Sarawak, Datuk Ir. Zuraimi Sabki dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan, Datuk Safri Zainudin.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pembinaan 66 lagi sekolah daif dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan yang dilihat bermasalah.

“Apa yang diberikan kepada JKR dapat dilaksanakan dengan cemerlang seperti yang ditunjukkan di sini.

“Justeru, terpulang kepada Kementerian Pendidikan untuk mempertimbangkan semula sama ada mahu membuatnya sendiri projek diberikan atau menyerahkannya kepada JKR,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN