KKM lancar gotong royong mega perangi aedes - Utusan Malaysia

KKM lancar gotong royong mega perangi aedes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR 28 Julai – Program Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes dijalankan secara serentak di seluruh negara hari ini dalam usaha untul mencegah wabak denggi daripada terus menular.

Menteri Kesihatan, Dr. Zulkefly Ahmad berkata, program yang dianjurkan bersama tujuh kementerian dan agensi kerajaan itu melibatkan peringkat kebangsaan dan negeri serta dilaksana di 15 lokaliti di setiap negeri.

Menurutnya, susulan kepada program itu, 149 daerah di seluruh negara turut akan mengadakan Gotong Royong Mega 1.0 Perangi Aedes sepanjang bulan ini.

“Pemantau Kementerian Kesihatan mendapati terdapat tren peningkatan kes denggi sebanyak 10 hingga 20 peratus setiap minggu sejak Mei lalu, oleh itu tindakan gotong royong besar-besaran perlu dilaksana segera.

“Kita harap program ini dapat menarik penglibatan masyarakat dan agensi dalam aktiviti pembersihan persekitaran dan pencegahan denggi,” katanya dalam ucapan sempena peogram berkenaan di Residensi Warisan, Bandar Puncak Alam di sini.

Peringkat kebangsaan diadakan di Residensi Warisan, Bandar Puncak Alam di sini kerana kawasan itu mencatat peningkatan 100 peratus kes denggi untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding tahun lalu iaitu 19 ke selain mengalami tiga episod wabak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×