KKM kenal pasti 24 projek sakit - Utusan Malaysia

KKM kenal pasti 24 projek sakit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 24 projek sakit di seluruh negara yang meliputi pembinaan hospital, klinik kesihatan dan kuarters kakitangan.

Menterinya, Dr. Dzulkef­ly Ahmad berkata, daripada 24 senarai itu, 12 melibatkan projek klinik kesihatan, 10 projek hospital dan dua kuarters.

“Kesemua 24 projek zon merah yang dianggap ‘sakit’ ini bukan hanya melibatkan pembinaan hospital atau klinik kesihatan yang baharu, tetapi turut membabitkan kerja-kerja penambahbaikan,” katanya pada sidang akhbar sempena lawatan kerja rasmi di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.

Turut hadir, Ketua Pe­ngarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dan Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr. Mohammad Omar.

Menurut Dzulkefly, kementerian tekad memperbaiki infrastruktur hospital dan klinik dalam tempoh lima tahun akan datang dan menegaskan tindakan tegas bakal diambil terhadap kontraktor yang gagal menyiapkan projek seperti yang dijanjikan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN