silih berganti walau berteman…
Burung puteri hinggap di taman impian
putera impian menyedari kesedihannya
cuba memberi harapan baru
secalit di hatinya sanggup menemani
ke mana saja burung puteri terbang
Puteri tentu tercari-cari burung miliknya
agar kembali
kerana teman di sarang sedia menanti
Burung puteri berbelah bagi
di sini ada kasih kasturi
di sana kadang kasih kadang sedih
parut luka lama masih pedih
sayu hatinya tiada bicara lagi
putera impian serba simpati
burung siputeri masih dipunyai pemiliknya
berat juga hatinya melepaskan burung
kesayangan hati…
kembali kepada jajahan puteri
Pemilik burung di sana tetap menanti
putera impian terpaksa melepaskan pergi
dengan begitu berat sekali…
putera impian masih
berharap burung puteri
akan kembali lagi…
jika ditakdirkanNya nanti
SELAI
Bandar Baru Bangi









