KUALA LUMPUR 10 Julai – Naza Kia Malaysia secara rasmi membawa masuk Kia Stinger dari Korea Selatan ke dalam segmen sukan sedan di negara ini. Berasal dari konsep GT terkenal dunia, Kia Stinger menerima pengiktirafan global bagi campuran yang berprestasi tinggi dan keselesaan yang tertinggi. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Automotif Naza Corp Holdings Sdn. Bhd., Datuk Samson Anand George berkata, ia melambangkan semangat berani dan sukakan cabaran yang menggabungkan prestasi…










