Khazanah perlu terus sebagai syarikat pelaburan strategik - Khairy - Utusan Malaysia

Khazanah perlu terus sebagai syarikat pelaburan strategik – Khairy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Peranan Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) sebagai sebuah syarikat pelaburan strategik negara perlu diteruskan.

Khazanah perlu terus sebagai syarikat pelaburan strategik - Khairy
Khairy Jamaluddin

Menurut Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Khazanah telah menjadi sebuah entiti yang berbeza sejak akhir tempoh kali pertama Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri antara tahun 1981 hingga 2003.

“Pada dasarnya, Khazanah merupakan entiti induk untuk kepentingan kerajaan dalam syarikat. Tiada peranan strategik.

“Pasca pemerintahan Dr. Mahathir itu, Khazanah telah berubah daripada sebuah pemegang entiti kepada syarikat pelaburan strategik negara dengan mandat bukan hanya meningkatkan nilai aset tetapi juga membuat pelaburan ke dalam sektor-sektor yang memberi manfaat kepada negara,” kata Khairy menerusi akaun Twitter miliknya hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas peletakan jawatan kesemua sembilan ahli lembaga pengarah Khazanah termasuk Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN