Khazanah perlu cari pengganti diyakini pelabur - Utusan Malaysia

Khazanah perlu cari pengganti diyakini pelabur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Julai – Kelompangan pengurusan tertinggi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ekoran peletakan jawatan sembilan ahli Lembaga Pengarah dan Pengarah Urusan di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) itu perlu diatasi segera bagi mengelak masalah lebih besar kepada ekonomi negara.

NURADLI RIDZWAN SHAH MOHD. DALI
NURADLI RIDZWAN SHAH MOHD. DALI

Pensyarah Kanan Fakutli Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd. Dali berkata, kesan jangka masa pendek boleh mempengaruhi harga saham syarikat dana kerajaan itu, manakala untuk jangka masa panjang pula Khazanah berisiko kehilangan pelabur sekali gus memberi kesan kepada ekonomi negara.

“Dalam pemerhatian saya, pergerakan pasaran saham pada hari ini agak perlahan dan ia boleh mempengaruhi saham Khazanah apabila semua ahli lembaga pengarah termasuk Pengarah Urusannya meletakkan jawatan.

“Risiko berkenaan boleh diatasi jika kerajaan mengambil langkah segera dengan melantik ahli lembaga pengarah yang baharu supaya hala tuju syarikat itu dapat ditentukan,” katanya ketika dihubungi Utusan Online hari ini.

ABU SOFIAN YAACOB
ABU SOFIAN YAACOB

Khazanah dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan peletakkan jawatan semua ahli Lembaga Pengarah termasuk Pengarah Urusannya Tan Sri Azman Mokhtar.

Pensyarah Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berkata, kerajaan perlu memastikan individu yang mengisi kekosongan itu seseorang yang diyakini oleh pelabur.

“Pelabur pasti berasa bimbang sama ada syarikat akan mengekalkan polisi sama atau mungkin mengubahnya bergantung kepada keputusan ahli lembaga pengarah yang baharu,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN