Khazanah dikembalikan ke peranan asal - Utusan Malaysia

Khazanah dikembalikan ke peranan asal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Julai – Kerajaan akan mengembalikan semula Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) kepada peranan asalnya untuk meningkatkan pegangan ekuiti saham masyarakat bumiputera.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Khazanah yang merupakan syarikat milik kerajaan (GLC) perlu menjalankan matlamatnya membela bumiputera dan bukannya hanya mencari keuntungan untuk syarikat itu semata-mata.

“Agak jelas, Khazanah melakukan perkara pelik termasuk membeli rumah dan mengambil alih syarikat. Khazanah pada asalnya ditubuhkan untuk membeli saham yang diperuntukkan kepada bumiputera kerana bumiputera bila mereka membeli saham, mereka akan cepat menjualnya kepada pihak lain.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Untuk menghentikan mereka (bumiputera) daripada melakukan perkara ini, kita tubuhkan Khazanah, tetapi mereka sekarang ini mengambil alih semua saham untuk mereka (Khazanah) sama ada untuk bumiputera atau tidak, jadi kita perlu kembali ke matlamat asal penubuhannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN