KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan Khazanah Nasional Bhd. akan diuruskan oleh golongan profesional. Beliau berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang meneliti beberapa nama yang akan diumumkan dalam masa terdekat bagi menguruskan kewangan dan pentadbiran Khazanah. Mengulas mengenai pelantikannya sebagai salah seorang pengarah syarikat dana pelaburan strategik negara itu, Mohamed Azmin berkata ia merupakan prerogatif Perdana Menteri. “Keputusan melantik saya mewakili Kementerian…