Khairy ucap selamat maju jaya kepada Rafizi - Utusan Malaysia

Khairy ucap selamat maju jaya kepada Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Julai – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin tampil mengucapkan selamat berjaya kepada seteru politiknya, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang akan bertanding dalam pemilihan PKR bulan depan.

Khairy memberi ucapan tersebut terhadap Rafizi yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR, yang kini disandang oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Selamat maju jaya, @rafiziramli (Rafizi). Harap keputusan kamu berbeza dengan saya,” katanya di akaun Twitter miliknya, hari ini.

Khairy tewas dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Presiden UMNO baru-baru ini.

Sementara itu, baru-baru ini, Rafizi menjawab teka-teki orang ramai apabila mengesahkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti itu bulan depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN