KUALA LUMPUR 17 Julai – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin akan membawa cadangan kepada kerajaan supaya tidak memansuhkan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Khairy ketika diminta mengulas mengenai titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam istiadat pembukaan penggal pertama Parlimen Ke-14 hari ini menyarankan kerajaan mengekalkan GST tetapi pada kadar yang lebih rendah berbanding sebelumnya berbanding memperkenalkan semula cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Menurutnya, beliau tetap yakin dan percaya…










