KUANTAN 25 Julai -Seorang ketua balai bomba dan penyelamat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan salah guna kuasa membabitkan penggunaan khidmat penyediaan makanan syarikat milik isterinya sejak Mac 2014. Tertuduh, Sheikh Hassan Sheikh Zainuddin, 53, mohon dibicarakan atas 10 pertuduhan yang dibacakan di depan hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib. Ketua Balai Bomba Peramu di Pekan, dekat sini itu yang diwakili peguam, Datuk Syed Azimal…









