Hampir separuh penduduk dunia atau lebih 3 bilion orang menyara kehidupan dengan pendapatan harian kurang daripada AS$2.50 (RM10.15), demikian menurut Bank Dunia, manakala pendapatan harian bawah AS$1.90 (RM7.70) dilabel kemiskinan tegar. Pada masa yang sama, menurut bank berkenaan, jurang pendapatan antara penduduk miskin dan kaya semakin melebar, merangkumi 80 peratus warga global. Situasi menyedihkan itu berlaku di sebalik laporan Credit Suisse bahawa kekayaan isi dunia meningkat 6 peratus dalam tempoh…










