TERPAKSA bekerja keras memperbaiki pertuturan dalam bahasa Melayu antara cabaran yang perlu dihadapi pelakon dan penyanyi Alvin Chong untuk memastikan dirinya dapat menyesuaikan diri dengan baik dalam industri hiburan tanah air. Perkara tersebut dikongsi Alvin yang mengakui pentingnya sesebuah persekitaran dan pergaulan dengan rakan berbangsa Melayu yang disifatkannya sebagai landasan terbaik untuk memperbaiki tahap penguasaan bahasa Melayunya. “Berbanding dengan pergi ke kelas, saya fikir penguasaan bahasa lebih mudah jika dipraktikkan…










