GUA MUSANG – Peraih getah, Che Abdul Karim Che Hamid, 41, tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang menyebarkan fitnah dan mengecam keluarganya secara keterlaluan. Dia berkata, selepas membaca dan meneliti kisah itu di laman blog dan laporan atas talian, terdapat perkara yang bercanggah sehingga mengaibkan maruah keluarganya. Katanya, walaupun terdapat desakan supaya melepaskan isteri ketiga yang baharu dinikahi dua minggu lalu, dia tidak akan sesekali melakukan perkara itu…










