Kes HFMD meningkat hampir 50 peratus di Melaka - Utusan Malaysia

Kes HFMD meningkat hampir 50 peratus di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Bilangan kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Melaka meningkat hampir 50 peratus iaitu sebanyak 1,446 kes sejak Januari hingga Rabu lalu berbanding 795 kes dilaporkan dalam tempoh sama tahun lepas. 

Exco Kesihatan Negeri, Low Chee Leong berkata, meskipun trend menunjukkan peningkatan namun wabak berkenaan di negeri ini masih terkawal walaupun terdapat beberapa prasekolah dan taska ditutup setelah dikesan berlaku penularan wabak itu.

“Justeru, Jabatan Kesihatan negeri meningkatkan langkah kawalan dan pencegahan di samping memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat bagi memastikan penyakit itu tidak terus menular,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Penderma Darah Sedunia peringkat negeri di Rumah Melaka, Bukit Katil di sini hari ini. 

Turut hadir Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Ghazali Othman dan Ketua Unit Tabung Darah, Hospital Melaka, Dr. Noramiza Mat Amin. – Bernama  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN