Kertas kerja gabungan Bernama, RTM diserah hujung bulan - Utusan Malaysia

Kertas kerja gabungan Bernama, RTM diserah hujung bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Bernama dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) diarah menyerahkan kertas kerja cadangan penggabungan kedua-dua organisasi itu menjelang hujung bulan ini sebelum keputusan muktamad mengenainya dibuat dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Menyifatkan penggabungan itu agak ‘kompleks’, beliau bagaimanapun menjamin semua aspek penting antaranya jumlah pekerja, kos dan saluran berita akan diteliti sepenuhnya sebelum apa jua keputusan dibuat.

“Misal kata kalau kita ada gabungan, siapa bertanggungjawab kumpul maklumat dari segi berita, siapa bertanggungjawab dari segi siapkan proses siaran berita.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia juga melibatkan soal kita ada lebihan tenaga kerja…satu perkara penting untuk saya,” katanya selepas selesai lawatan kerja ke tapak pembangunan Media City di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Zulkefli Salleh, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Abdul Muis Sheffi dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Bhd., Datuk Seri Syed Faisal Albar. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×