Kerber julang trofi sulung Wimbledon - Utusan Malaysia

Kerber julang trofi sulung Wimbledon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Jaguh tenis Jerman, Angelique Kerber berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya menumbangkan juara Wimbledon tujuh kali, Se­rena Williams untuk me­raih gelaran ­julung-julung kalinya pada kejohanan berprestij tersebut.

Pemain pilihan ke-11 itu beraksi cemerlang apabila hanya memerlukan keputusan straight-set 6-3, 6-3 untuk menewaskan Serena, sekali gus berjaya menambah koleksi ketiga Grand Slam selepas memenangi­ Terbuka Australia dan Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 2016.

“Bagi saya, kemena­ngan ini seperti mimpi menjadi kenyataan ter­utama beraksi dengan seorang yang hebat se­perti Serena. Saya akui perlu bekerja keras ketika menentang Serena dan ia suatu pengalaman luar biasa.

“Saya sedar perlu ber­aksi dengan permainan paling cemerlang untuk menumbangkan jaguh seperti Serena. Dia seorang yang hebat, sang juara bahkan pencetus inspirasi kepada semua orang dalam sukan ini.

“Terima kasih kepada semua yang hadir memberi sokongan dan saya akan terus bekerja keras untuk membaiki segala kelemahan,” kata Kerber.

Serena yang baru kembali selepas berehat panjang susulan melahirkan anak pertamanya pada September tahun lalu dilihat cukup kecewa kerana gagal menambah koleksi Grand Slam ke-24 dalam kariernya.

“Sebagai wakil ibu di luar sana, hari ini (semalam) saya bermain untuk anda semua dan sudah melakukan yang terbaik. Namun, Kerber bermain dengan begitu cemerlang dan dia layak untuk menjuarai gelaran ini.

“Saya tidak putus semangat dan akan be­kerja keras untuk mendapatkan rentak lebih baik pada masa akan datang,” ujar Serena. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN