Kerajaan tidak tunduk desakan hantar Zakir pulang ke India - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak tunduk desakan hantar Zakir pulang ke India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 10 Julai – Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desa­kan mana-mana pihak supaya pendakwah bebas, Dr. Zakir Naik dihantar pulang ke India.

ZAKIR NAIK

Menurut Perdana Men­teri, kerajaan per­lu mempertimbang­kan pelbagai faktor dan bukan sahaja melihat kepada desakan sesetengah pihak dalam perkara tertentu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak selalunya terpaksa ikut kehendak orang lain, kita kena tentukan sebab-sebab (faktor) kita respons kepada mana-mana desakan sama ada dia (Zakir) mengikut undang-undang ataupun tidak.

“Kalau tidak, ada orang akan jadi mangsa,” katanya dalam si­dang akhbar selepas menyam­paikan perutusan khas pada Tak­limat Governans, Integriti dan Antirasuah di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Beliau mengulas de­sakan sesetengah pihak supaya pendakwah bebas itu di­hantar pulang ke negara asalnya India.

Dr. Mahathir baru-baru ini memaklumkan kerajaan ti­dak akan menghan­tar Zakir pulang ke India selagi beliau tidak menimbulkan masalah.

Menurutnya lagi, Zakir tidak akan dihantar pulang kerana sudah diberikan status penduduk tetap negara ini.

Pada Sabtu lalu, Zakir memu­at naik gambar pertemuannya dengan pemimpin negara itu di Facebook dengan menulis ‘Interaksi dengan ketua negara, Dr. Zakir Naik dai Islam dan perbandingan agama, perbualan bersama Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×