Kerajaan tetap pendirian sekat perkahwinan kanak-kanak - Utusan Malaysia

Kerajaan tetap pendirian sekat perkahwinan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerajaan kekal dengan pendirian untuk menyekat perkahwinan kanak-kanak di negara ini dan usaha merangka akta baharu bagi tujuan tersebut akan dilakukan selepas pandangan semua pihak berkepentingan diambil kira.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mujahid Yusuf berkata, kerajaan tidak akan bersikap terburu-buru untuk merangka akta baharu tersebut, justeru satu prosedur operasi standard (SOP) berkaitan perkahwinan kanak-kanak akan dikeluarkan terlebih dahulu selewat-lewatnya hujung bulan ini.

“Perkara ini melibatkan banyak isu teknikal. Kita perlu melihat dan meminda undang-undang sedia ada dan mengambil kira pandangan pihak berkepentingan seperti orang ramai, golongan ulama, hakim syariah serta para peguam.

“Kita mahu agar apabila akta baharu itu diluluskan kelak, ia tidak diguna pakai di peringkat persekutuan sahaja malah di peringkat negeri-negeri juga,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN