Kerajaan rangka formula terbaik dalam usaha hapus rasuah - Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Kerajaan rangka formula terbaik dalam usaha hapus rasuah – Dr. Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini berkata, kerajaan sedang merangka formula terbaik dalam memastikan gejala rasuah yang berlaku di negara ini dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan.

Beliau berkata, sejak mengambil alih kerajaan pusat, pihaknya telah menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) memperkasakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menggubal undang-undang melibatkan rasuah dan merangka kaedah pentadbiran terbaik supaya dapat membanteras perbuatan rasuah.

“Ini bukannya langkah pertama dan kami telah melakukan banyak kerja untuk mencegah rasuah di negara ini. Kami akan berusaha habis-habisan untuk membanteras rasuah dari berlaku di negara ini. Diharapkan kami sekurang-kurangnya berjaya pada tahap tertentu ke arah mencapai objektif itu,” katanya dalam satu sidang akhbar selepas mengikuti taklimat GIACC di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Taklimat tertutup yang julung-julung kali diadakan itu disertai kira-kira 160 anggota pentadbiran kerajaan termasuk Jemaah Menteri dan setiausaha politik serta hampir semua Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH).

Taklimat itu bertujuan memberi pendedahan tentang pelbagai aspek berkaitan rasuah dan usaha pencegahan buat Ahli Parlimen dan anggota pentadbiran kerajaan baharu yang dibentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei lepas. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN