Kerajaan Pusat sahkan penghuni PPR Kota Bharu - Utusan Malaysia

Kerajaan Pusat sahkan penghuni PPR Kota Bharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 17 Julai – Kerajaan Pusat diyakini telah memutuskan senarai penghuni kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Kelochor di sini sekalipun berlaku perubahan pucuk pimpinan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Dr. Izani Husin berharap, masalah penempatan dan perpindahan penghuni kediaman dapat diselesaikan hujung tahun ini selepas beliau mengadakan perjumpaan dengan menteri berkaitan.

“Eletrik dan air semua sudah siap dan difahamkan tiada perubahan senarai nama kerana penduduk juga berasal daripada rumah flat kos rendah dan golongan miskin. Projek PPR itu banyak menyelesaikan masalah rakyat di negeri ini.

“Saya memang ada perancangan untuk mengadakan perjumpaan dengan menteri berkaitan semasa kunjungan beliau ke negeri ini, baru-baru ini. Namun, disebabkan kekangan masa, ada program lain yang perlu dihadiri perjumpaan itu tidak dapat dilakukan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Watikah dan Pelantikan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kompleks Kota Darul Naim di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN