SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan mencipta sejarah apabila melantik seorang Pegawai Daerah baharu dari kalangan wanita, kata Menteri Besar, Aminuddin Harun. “Ini pertama kali kita lantik seorang wanita iaitu Suhaiza Sharudin sebagai Pegawai Daerah Tampin Gred M54 yang baharu berkuatkuasa 2 Julai lepas. Jawatan tersebut sebelum ini kosong dan kita isi dengan pelantikan Suhaiza. “Suhaiza adalah anak jati Negeri Sembilan dan ibu kepada empat orang anak. Kita ucapkan tahniah kepada…










