Keputusan Pas tidak bertanding berdasarkan demografi pengundi - Utusan Malaysia

Keputusan Pas tidak bertanding berdasarkan demografi pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Julai – Keputusan Pas untuk tidak meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis serta tidak membantu UMNO dalam kempen parti tersebut adalah berdasarkan kepada kajian demografi terhadap pengundi di kawasan itu.

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
TUAN IBRAHIM TUAN MAN

Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, keputusan parti itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

“Tidak timbul soal kerjasama dengan UMNO. Kami juga sudah mengeluarkan kenyataan bahawa jentera Pas tidak turun bantu dalam PRK DUN Sungai Kandis.

“Aktiviti parti di Sungai Kandis berjalan seperti biasa dan dalam konteks parti kami dan jentera Pas hanya buat kerja untuk keutamaan parti,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyifatkan Pas dan UMNO sebagai ‘adik-beradik’ selepas Pas tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam PRK DUN Sungai Kandis. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×