KUALA LUMPUR 17 Julai – Hasrat Kedah untuk mendapatkan tiga mata tidak kesampaian apabila terikat 1-1 menentang Terengganu dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, sebentar tadi.
Kedah terlebih dahulu berada di depan menerusi jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-43 bagaimanapun Kamal Azizi menyamakan kedudukan pada minit ke-61.
Sementara itu, dalam aksi Liga Perdana menyaksikan Felda United mengukuhkan kedudukan di tangga teratas apabila menewaskan Sarawak 3-1 di Stadum Negeri, Kuching. Dua gol Felda United dijaringkan oleh Gilberto dan satu lagi dihasilkan oleh Augusto. Gol tunggal tuan rumah dijaringkan oleh Mateo Roskam. – UTUSAN ONLINE










