MUSIM haji tiba lagi dan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia bagi tahun 2018/1439H dijadualkan pada 14 Julai ini. Jemaah tidak hanya perlu membuat persediaan berkaitan ibadah tetapi kesihatan fizikal dan kekuatan mental juga amat diperlukan bagi menjamin kesempurnaan amalan, sekali gus memperoleh haji yang mabrur. Satu daripada persiapan utama sebelum menunaikan rukun Islam kelima itu ialah mendapatkan vaksinasi yang diperlukan. Ini kerana kesesakan jemaah dari seluruh dunia boleh meningkatkan risiko…









